Selasa, 21 Jun 2011

aku mula BOSAN!!!

hari ni betul2 memberi tekanan pada diri aku. dah la tido tak cukup, my baby tomel pulak demam panas, merenggek je dia. kesian aku. ingatkan pagi ni nak bawak dia gi klinik, dan mengharapkan ada orang cover untuk bukak kan kedai. tapi lain lak jadinya. dengan phone yang mati sebab bateri kong. tau2 jer, dapat msg, mintak tolong cover hari ni, sebabnya nak cuti melawat kawan excident katanye... hangin aku kejap, kalau sedara mara ke, aku bole la jugak consider, ni stakat kengkawan ko...ntahla, bukan tak bagi melawat org sakit, tapi fikirla, ko pun ada komitmen keje kot..

ini lah orang Melayu, buat baik sikit, pijak kepala. bila kita dah bertolak ansur. memang takat itulah ansurnya. lepas ni jangan haraplah aku nak bertolak ansur sangat dengan ko la kan.. takde maknanya. geram betol la.. nasib baiklah sempat bawak Khalish gi klinik pagi tadi, dengan kete buat hal. yelah..memang 'bertuah' sangat aku rasa hari ni.

tak lagi kalau aku nak cerita pasal orang yang cover bukak kan kedai ni. nak cakap lembab memang lembab, nak cakap tuuttt..memang tuutt..ko dah tau nak bukak kedai, bole kan pulak ko x bawak kunci la kan...memang sesuailah. kalau gitu, baik aku tak payah mintak tolong ko la kan..sebab memang aku sendiri yang bukak kedai tu tadi.

kat kedai ni pulak, dahla macam2 masalah, dengan management yang ntah apa2. sampaikan lampu2 kat dalam kedai ni, boleh dikatakan hampir kesemuanya dah terbakar pun dia tak hiraukan jugak. dia ingat tugas aku merangkap 'teknisyen' ke kt dalam ni. apa kes? kalau gitu, alang2 mentol2 tu semua dah terbakar. kita bakor kan aje kedai ni skali. ahakss...

Bosan! Bosan! Bosan! aku memang nak cari keje lain, aku dah give up dah keje kat sini, walaupun baru 2 bulan aku kat sini. tapi bagi aku, aku tak dapat apa2 pun. kenapalah orang Melayu berfikiran macam mereka semua. aku betul2 nak keje lama katkedai ni, tapi bila mereka buat tak endah macam ni, siapalah yang boleh tahan. aku betul2 kecewa, macam 'melukut di tepi gantang' gitu..kita yang beria2 tapi orang atas, haram pun tak pandang. cakap meletop2..tapi habuk pun takde. oooohh tidak2..aku tak mahu menjadi hamba di sini untuk jangka masa yang panjang. no wonderlah, kalau pekerja sebelum2 ni buat hal, bertukar ganti. rupanya macam ni lah keadaannya. aiiisshh....apa nak kata kan..dah nasib..terima je la...:(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan