Isnin, 25 Julai 2011

Selamat Kembali Bulan Ramadhan

Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadhan. Pada awal malam bulan Ramadhan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya. Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu
Subhanallah, Alhamdulillah Walailaha’illah Allahuakbar..

Syukur padamu Tuhan, berikan aku kesempatan, sekali lagi menyambut bulan yang mulia lagi barakah ini. Semoga hamba-Mu ini dapat mengerjakan ibadah puasa dengan keberkatan dan keredhaan-Mu.

Bulan yang sama, situasi yang berbeza. Tahun ni, aku bakal mengerjakan ibadah puasa untuk kali kedua sebagai seorang ibu. Tahun sudah aku selamat melahirkan anak ku Umar Khalish dalam bulan Ramadhan yang mulia. Keberkatan bulan Ramadhan yang tiada tolok bandingnya. Aku lalui semuanya dengan penuh kesabaran. Berpantang, dan melalui detik2 yang penuh kejanggalan bertemankan bayi comel yang dikurniakan Tuhan. Alhamdulillah..alhamdulillah....walaupun tahun lepas ibadah puasaku tidak sempurna kerana berpantang, tetapi untuk tahun ini, akan ku tebus semula ibadah itu, agar ianya sesempurna bulan Ramadhan. InsyaAllah..

Menahan diri dari lapar dan dahaga, itulah ertinya puasa. Solat terawih paling dinanti, melihat umat islam berlumba2 mengejar pahala, waktu itu lapang rasa dada, mengadap Tuhan yang Esa. Ya Rabbula’lamin, moga bulan Ramadhan kali ini benar2 memberi keinsafan buat diri yang kerdil ini. Jiwa sudah lama diselimuti debu2 hasad yang hina, ingin disucikan dengan niat yang mulia. Moga disinari rahmatmu yang Esa, doaku pohon agar bahagia untuk dua dunia. (dunia & akhirat).

. "Puasa itu perisai dan sedeqah iaitu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)

Ya Allah Ya Rahman, hati ku benar2 meronta2, tidak sabar rasanya ingin bertemu bulan Ramadhan. Akan ku perbaiki segala amal ibadah ku, buat bekalan ku suatu masa nanti. Moga kau perkenankan segala doaku, diberi kebahagian dunia dan akhirat, di lindungi dari hasad dengki dan fitnah. Dibimbing ke jalan yang KAU redhai jika aku tersasar dari landasanMu Ya Rahim. Murahkanlah rezeki kami sekeluarga, kerna ku tahu, ENGKAULAH Tuhan yang MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI. Amin..amin..Yarabbala’lamin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan