hehe..entri kali kali ni, aku saje nak kongsi pandangan dan pendapat aku sebagai salah seorang masyarakat yang sangat perihatin dalam mengambil tahu perihal dunia artis atau lebih TEPAT dan MANTAP lagi, dunia GOSIP artis tanah air ni..ecececeh...(aku juga insan seni, tapi tak le fofuler..) :D .. memandangkan sekarang ni tengah hot isu keretakkan hubungan cinta Fasha Sandha dengan Jejai pujaan hatinya, maka bole di angggap hampir seluruh rakyat Malaysia sedang bersorak gumbira lah dengan cerita terbaru ni. mana taknya, mak aku pun, dalam diam2,baca jugak kisahnya kat dalam paper petang tadi..OMG.jengjengjeng...>_<
haiishh.. sebenarnya, aku ni takla minat sangat dengan Fasha Sandha tu, cuma rasa kagum pada lakonannya, potensi dan mutu yang bole dibanggakan. tapi sayang, lumrah hidup, manusia tidak akan puas dengan apa yang mereka ada. di awal kemunculan Fasha Sandha di dalam dunia seni lakonan tanah air, sedikit sebanyak telah mengubah persepsi masyarakat tentang artis-artis baru yang hanya mempertaruhkan paras rupa semata2, tapi tidak pada Fasha, dia punya pakej lengkap sehinggakan namanya begitu cepat meningkat naik, malah turut memenangi beberapa anugerah, ianya cukup membanggakan.
kisah cinta dia, seringkali mendapat perhatian masyarakat, dan sememangnya tiada satu pun cinta yang kekal. the best quota is "Tiada Jodoh"..ngee~~tak kisah lah nak cakap apa pun..tapi hakikatnya sekarang perhubungan Fasha Sandha dengan Jejai kali ini benar-benar mendapat perhatian umum, ini kerana, Jejai merupakan bekas suami kepada artis wanita Nora Danish, masyarakat menganggap kehadiran Fasha Sandha adalah penyebab kepada keretakkan rumahtangga mereka. the best qouta " Jodoh pertemuan, ajal maut di tanggan Tuhan". fine. mungkin ada benarnya Fasha Sandha adalah penyebab kepada perpisahan mereka, tapi masyarakat tetap akan menyalahkan Fasha Sandha, kenapa tidak Jejai ataupun Nora Danish itu sendiri? wallahualam..aku pun tak tau disebalik kejadian itu.
well.. Fasha Sandha sebelum ni memang dilabelkan sebagai artis seksi dan bermasalah kerana dikelilingi gosip-gosip liar. Yup, semua orang tau..bagi aku Nora Danish pun begitu, seksi dan suka bersosial. tak kisahlah, itu hal peribadi masing-masing. mungkin itu cara mereka nak berhibur. cuma....apa yang aku nak tekankan dalam entri ini ialah...ermmm..aku pun tak tau nak mula kan macam mana..hihi..(senggal jap..)
ok lah, keretakkan rumah tangga Nora Danish dan bekas suaminya, masyarakat telah menyalahkan Fasha Sandha. kisah ni rasanya kalau Fasha Sandha dah berkahwin dengan Jejai tu pun tak kan abes. tapi..bagaimana pula dengan Siti Nurhalizah dan Datuk K? rasanya kes ni sama jer. Siti yang dahulunya rapat dengan keluarga Datuk K, akhirnya mengakibatkan penceraian Datuk K dan isterinya. reason mereka sebenarnya agak klise dengan kes2 sebelum ni, mereka dah tak sehaluan dan kehadiran Siti tidak ada kena mengena dengan perceraian itu. berbelas2 tahun kawin, baru rasa tak sehaluan? apa b****g punya pemikiran. tapi takpela, dah kawin pun dorang. tapi cerita tu takdelah masyarakat nak perbesar2kan sangat, yelah Siti Nurhalizah kau..siapa tak kenal, artis paling fofular..ikon kesayangan..dunia ni memang tidak adilkan. sebenarnya aku tidak memihak kepada sesiapa pun, cuma ini merupakan salah satu cara untuk aku sendiri bermuhasabah diri dengan kejadian disekelilingku.
well...walau apa pun cerita yang tersurat, sesungguhnya aku dan kamu tidak tahu apa yang tersirat. Allah itu Maha Besar, Allah itu Maha Adil. what goes around is comes around.. Sekian..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan