Jumaat, 21 Januari 2011

Gundah Gulana

hari ni masuk hari ke 3, Khalish kena berry2..Ya Allah, berikan lah aku kekuatan untuk menghadapi semua ni. Khalish memang dah lama tak minum susu badan, aku memang rasa menyesal sangat sebab berhentikan penyusuan dia dari awal. maaf kan mama Khalish..:(

sekarang ni, dia minum susu formula Snow brand, tapi bila dia minum susu tu, mesti dia akan keluar balik. bagi susu lain, dia taknak minum...kenapa ya? buntu..sesungguhnya aku memang buntu. sendirian menguruskan dia, memberi sedikit tekanan kepada aku. Ya Allah..kuatkanlah semangat ku.

berat badan dah semakin susut, 3 hari pemakanan tak menentu,membuat kan aku semakin risau dengan pertumbuhan minda dan fizikalnya. semalam dh rujuk pada Dr. tiada apa yang diberikan, cuma nasihat yang bagi aku sekarang ni memang x masuk akal. tunggu sampai seminggu,kalau tak kurang jugak, refer semula. bagusla tu..abes tu anak aku nak minum air garam yang dia bagi je ker.. arrggghh..!! marah..aku marah..marah pada diri sendiri. tapi menyesal pun dah tak guna..aku harap ini ujian buat aku, next time aku perlu berhati-hati.

demi Allah pencipta sekelian alam, aku sangat sayangkan Khalish, tak sanggup lihat dia macam ni. aku nak dia sihat macam baby lain..sihat selalu anak ku..mama sangat sayangkan Khalish, biar mama tak tidur malam pun takpe, asalkan dapat menjaga Khalish..

tiada kesudahan yang dapat aku putuskan, hanya berusaha dan berserah pada Allah s.w.t untuk menentukan..kun fayakun..itu kata Allah jika DIA mengizikan sesuatu.. moga Allah memakbulkan doa ibu ini yang dalam kesulitan..amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan